Wednesday, March 11, 2009

SELAUT ILMU SEPANTAI MAKLUMAT@ NILAM







Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mengwujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program ini merupakan
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan dan berterusan .

Selain itu, ia dijalankan secara penilaian berterusan bermula dari tahun satu di sekolah rendah
dan dari Tingkatan Satu di sekolah
menengah diteruskan hingga mereka tamat persekolahan .

NILAM bermaksud Nadi ILmu Amalan Membaca.


MATLAMAT

Membina tabiat membaca di kalangan pelajar


OBJEKTIF

1. Menjadikan pelajar banyak

membaca.

2. Menggalakan sekolah terus

menjana idea kreatif dan

inovatif bagi meyemai tabiat membaca


DUA TAHAP NILAM

v Tahap Jauhari

v Tahap Rakan Pembaca

TAHAP JAUHARI

v Semua pelajar wajib mengikuti Tahap Jauhari.

v Pelajar sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan tahun 1 sehingga tamat tahun 6.

v Aktiviti Tahap Jauhari ialah pelajar membaca, pelajar merekod, guru mengesahkan dan pelajar diberi pengiktirafan.


TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)

v Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Kumpulan Tahap RP.

v Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar yang dibimbing oleh seorang guru (fasilitator).

v Pelajar RP perlu mempunyai sifat sentiasa ingin berkongsi maklumat, amanah, buku di tangan, kepimpinan dan boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca.

v Di antara aktiviti RP yang disarankan ialah bercerita, bicara buku, membaca bersama dan meminjamkan buku.


SISTEM GANJARAN KESELURUHAN TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah


JUMLAH BACAAN / BUKU

PENGIKTIRAFAN

90 - 179

Gangsa

180 - 269

Perak

270 - 359

Emas

360 – Ke atas

Nilam